Berdiri Malam
Dalam kes SPRM, ada orang yang dipaksa berdiri dari 10 pm sampai ke 2 am.
Sesiapa yang sudah membiasakan diri bertahajjud malam hari, mungkin secara fizikalnya ini tidak memberikan apa-apa masaalah. Secara fizikal. Namun, mereka juga memaksa secara mental untuk mengaku perkara yang tidak pernah berlaku. Boleh kah kita bertahan.
Perhubungan kita dengan Allah, gantung-harap nya kita pada Dia, memberikan kita kekuatan yang tak terdaya oleh mental dan fizikal. Rajinkan diri berdiri malam, kerana hari ini Teoh dan mereka seangkatan dengan beliau terkena. Mungkin esok hari kita. Adakah kita bersedia? Rajinkan diri berdiri malam. Malah, wajibkanlah dirimu berdiri malam.
Allah, anta al-mustaan, wa alaika al-balagh!
