Saturday, February 21, 2009

Serampang Mata Tiga

Perjumpaan hari Jumaat antara kami, mentilawah Aali-Imran 81-105. Yang terakhir - hendaklah ada dikalangan kita golongan yang 1) mengajak kepada kebaikan, 2) menegakkan yang ma'aruf, dan 3) mencegah kemungkaran. Di bandingkan pula dengan ayat lain yang mengatakan kita adalah sebaik-baik umat, kerana tiga juga - 1) menegakkan yang ma'aruf, 2) mencegah yang mungkar, dan 3) beriman kepada Allah.

Umat terbaik mempunyai tiga ciri tersebut. Tidak semestinya ketiga-tiga ciri itu ada dalam seorang. Mungkin ada lujnah dalam masyarakat yang specialize dalam (1), dan kumpulan lain pula mahir dalam (2) dan yang ke(3) perlukan orang yang tegas dan berani.

wallahu'alam.

Saturday, February 07, 2009

Yasin & Katak

Ada seorang kawan sudah membaca yasin dan qunut nazilah 40 kali. Katak yang melompat dan orang yang menzalimi amanah marhaein. Mujarab ke 40x ni? Yang penting pergantungan pada Allah. Iyyaka na'budu wa iyyaka nastain. Hanya pada Allah kita sembah dan padaNya jugalah kita mohon pertolongan.

Yasin 40x. Asal salsilah nya mungkin dari perdukunan/persilatan melayu. Tak pernah di buat Rasulullah. Mungkin lebih afdal bangun bermunajat di sepertiga akhir malam.

Labels: , ,

Friday, February 06, 2009

Usrah Hari ini

Sembang sembang pasal tafsir, palestin dan pembikinan blog, forum macam bbs.