Saturday, March 01, 2014

Ikhlas

Abu Talib, bapa saudara Rasulullah s.a.w., tak pernah sembah berhala. Dia teramat sayang kepada Rasulullah, dan begitu juga Rasulullah terhadapnya. Dia tahu kebenaran Rasulullah datang membawa risalah yang benar. Namun dia mati dalam agama Abdul Mutalib. Satu kesudahan yang buruk, yang amat menyedihkan Rasulullah.

Kenapa Allah tidak beri petunjuk kepada Abu Talib? Kerana Allah mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Dan Dia memberi petunjuk kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki, tanpa terikat kepada sesiapa. Rasulullah meminta, namun He is the Boss. 

Kalau di dunia ini Rasulullah tidak dapat menjamin petunjuk kepada bapa saudara yang amat dia kasihi, bagaimana mungkin kita yang jauh, yang mengatakan mencintai Rasul; tapi kebanyakan masanya kita melakukan atau berkeyakinan yang tidak menggambarkan kita cintai Rasul. Atau adakah yakin kita dengan hanya mengulangi bait-bait selawat, kita boleh mendapat syafaat Rasul dihadapan Tuhan? 

Allah, ketika menjawab kehendak Iblis menyesatkan keturunan Adam a.s., menegaskan bahawa dia boleh menyesatkan mereka kecuali hamba-hamba Nya yang ikhlas. Rupanya ikhlas itu bukan perkara mudah kerana ia berangkai-rangkai dengan cobaan yang boleh mematahkan iltizam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home