Allah tempat bergantung
Jika kamu mencongakkan nikmat Allah terhadap mu, sudah pasti tidak akan terkira oleh mu - An Nahl:18
Kejayaan, kemenangan, kegagalan, kerugian, kekalahan semuanya berlaku kerana izin Allah. Allah itu amat Bijaksana. Dia lah mengatur dan mengiyakan segala yang berlaku. Namun kenapa kita terlalu bergantung harap kepada kepandaian, kebijaksanaan sendiri atau kelompok kita dalam menghadapi sesuatu, sedangkan yang sepatutnya kita sandarkan adalah kepada Allah. Berusaha dan serahkan pada Allah. Jangan sekali-kali mengharap kerana kebolehan kita, kita patut mendapat kejayaan dan kemenangan. Allah lah yang memberikan kita itu. Jangan jadi macam Qaarun, yang mendabik dada, yakin bahawa apa yang dia dapat di dunia ini adalah hasil ilmu dan usaha yang dia lakukan! Jangan sekali-kali berfikir begitu. Allah lah al-musta'an. Dan itulah yang kita ikrarkan setiap Fatihah!

0 Comments:
Post a Comment
<< Home