Friday, May 15, 2009

Permintaan dan Jawapan

Kita meminta Allah menunjukkan jalan yang lurus dalam setiap bacaan Fatihah. Bagaimana jalan yang lurus itu? Itulah jalan orang-orang yang telah diberi nikmat oleh Allah. Dalam surah AnNisa Allah menggambarkan mereka ini. An-Nisa:69: Sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul, mereka itu akan bersama-sama orang yang diberi nikmat oleh Allah dari kalangan nabi-nabi, siddiqin, syuhada and orang-orang yang soleh. 

Dalam surah An-Nisa juga, ayat 174 and 175, Allah menerangkan bahawa Dia telah memberikan kita 'burhaanun' (bukti yang nyata) dan menurunkan cahaya yang jelas. Bagi sesiapa yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh pada nya (burhaanun, nuuran mubina?), pasti akan Allah masukkan mereka dalam rahmat dan permberian Nya (rahmatun wa fadlun) dan menunjukkan merekan kepada jalan yang lurus

Dan dalam 'ali-Imran 101, sesiapa  yang berpegang teguh pada Allah, pasti akan di tunjukkan jalan yang lurus.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home