Derhaka
Manusia mencipta sistem yang mewarnai kehidupan mereka. Hirarki terbentuk. Kemudian timbul kemelut, yang di bawah bangkit menentang yang diatas. Lalu derhaka! Walhal itu hanyalah penderhakaan kepada sesama manusia. Hanya diatas perselisihan pentafsiran sesuatu undang-undang yang juga di cipta mereka. Ah! betapa bengang perasaan kedua pihak. Derhaka! Sedangkan tidak nampak di depan mereka, penderhakaan yang teramat terang dan jelas terhadap Pencipta.
'aasi - derhaka; maksiat - penderhakaan. Melakukan maksiat adalah perbuatan derhaka kepada Allah! Tapi tiada mereka yang berdemo, menjunjung kasih kepada Allah, menunjukkan kebencian pada maksiat!
Sayang. Dunia ini hanyalah sekejap aje. Tak sampai sepetang malah lebih pendek dari sepagi sahaja. Butakah kita?

0 Comments:
Post a Comment
<< Home