H1N1
Semasa makan malam minggu lepas, Abe bertanya apa itu H1N1. Dengan selamba Kakak menjawab sambil tersengih. Horlick Satu Nescafe Satu!
Namun hari ini, jumlah korban (sampingan atau tidak) sudah melebihi 50 orang. Dimana tempat panas H1N1? Namun bagi mereka yang berisiko tinggi atau mempunyai orang tersayang yang termasuk dalam kategori itu, amatlah merisaukan. Terfikir juga, kalau ada dikalangan ahli keluarga yang selsema, ingin di kuarantinkan dia dalam satu bilik di rumah atau cari tempat lain untuk mereka tinggal selama lima-enam hari.
Siapa kah yang berisiko tinggi? Mengikut kajian CDC, mereka adalah termasuk kanak-kanak berumur dibawah 5 tahun, orang dewasa berumur lebih 65 tahun, perempuan mengandung dan pesakit penyakit kronik seperti asma, darah tinggi, buah pinggang, kencing manis.
Adakah ini natural selection, survival of the fittest? Namun benar sekali peringatan bahawa kematian tidak mengira umur.
Bagi kita yang beriman, ini adalah satu lagi kejutan Allah lontarkan kepada kita. Bahawa Dia tidak pernah alpa. Jangan sekali-kali kita lupa bahawa pertemuan kita dengan Dia adalah amat dekat. Rasailah azab itu kerana kamu melupakan perjumpaan mu hari ini. Kami pasti juga melupakan kamu! - Sajdah:14
Satu tamparan hebat. Jangan lupa atau buat-buat lupa. The time is coming. It's just around the corner.
