Wednesday, September 30, 2009

Lagha

Za menceritakan tentang twin yang tak berapa serupa. Dan dikaitkan seorang misi yang ingat nama kedua kembar tu. Tapi dia masih tidak dapat ingat yang mana T1 dan mana T2. Jadi semasa membuat catatan atau mengambil butiran kesihatan, dia akan tengok pada kad di cot untuk memastikan yang betul. Za mengatakan misi tu, yang lawa tu. Sambil mencoretkan stail tudung yang dia pakai. Oh, misi pertama yang membenarkan kedua kembar tu di tarik keluar dari nursery dalam cot masing-masing. Aha.

Lamunan terhenti disitu, tapi merayau pada persoalan apa yang menyebabkan seseorang itu lawa. Mungkin kalau di ambil gambar nya, mungkin kita sama-sama boleh membuat analisa kenapa sianu tu lawa. Hidungnya ke? Matanya ke? Mulutnya ke? Atau dimana? Kemudian terdengar suara. Apalah hang ni? Membuat perkara, memikirkan sesuatu yang langsung tak berfaedah. Disitu terbayang surah Al-Mu'minin. "Berjayalah orang yang beriman. Yang khusu' dalam solatnya. Yang menjauhi perkara-perkara yang lagha...." Salah satu ciri orang beriman yang berjaya adalah tidak menyibukkan diri dalam perkara yang tak bermanafaat. Apakah itu maknanya lagha?

Apa lagi ciri dalam ayat-ayat seterusnya?

1. Khusyu' dalam solat
2. Menjauhi perkara-perkara yang lagha
3. Mengeluarkan zakat
4. Menjaga tingkahlaku seksual
5. Menjaga amanah.
6. Mengotakan janji.
7. Menjaga solatnya.

Jadi bagaimana? Semoga training sebulan Ramadhan yang lalu dapat mewarnakan malam-malam seterusnya sementara menunggu pertemuan dengan Nya.